Wednesday 18 April 2012

hala tuju hidupku~

Hala tuju hidupku?
ya aku tercari-cari ke mana arah tujuan hidupku setelah kian meningkat dewasa..
apabila terdengar nada yang syahdu diruang laptop
iaitu satu nada yang aku dengar sejak kecil hingga kini, tapi detikkan apakah yang aku rasa malam ini?
subahanaAllah.. aku rase satu kegirangan dan titisan jatuh, sambil mendengar zikir taubat
aku membuka almari mencari sesuatu yang dulunya aku tak pernah pandang.
Allahu akbar. sebenarnya niat ini telah lama aku pendam dan simpan. entah mengapa malam ini aku lebih yakin.
adakah aku akan berubah? adakah itu cara dan style aku yang baru?
kemudian aku ke almari aruah mak. Aku jumpa! kerana itu memang pakain mak.
Siang tadi
aku ke bandar melaka untuk membeli tiket ke ipoh, dan mencari baju untuk malam dinner sem 6.
yang hanya berlegar-legar di kepala dan benak ku hanyalah JUBAH. ya jubah. aku mencuba beberapa jenis jubah, tetapi aku tertarik dengan jubah yang terakhir aku pegang, hehe setelah cuba baju tu, aku tergelak kecil di dalam ruang persalinan, ternayata baju tu terlalu labuh untuk orang rendah seperti aku. Tapi tape aku nekat untuk membelinya, ahh~ esok akan aku hantar potong bahagin labuh mengeret ke lantai tu. detik hati kecil.
Malam ini
setelah aku buka almari baju mak, banyak sungguh jubah nya. Alhamdulillah mak, baju mak nie akan adik pakai, supaya mak dapat pahala. satu lagi baju yang aku berkenan dalam almari mak tu.
Jubah hitam tu akan aku guna untuk hari presentation. bila berdiri didepan cermin, kalainan jelas ternyata..
subahanallah sungguh sopan aku bergini. InyaAllah akan aku cuba untuk jadi yang terbaik di mata-Nya.
"ya Allah aku mohon kepadamu, jangan kau tarik semula rase dan detik hatiku yang kau beri padaku pada malam ini, sekiranya ini jalan hidupku yang seterusnya ya Allah kau kuatkan iman dan ketakwaan ku. amin"

Kenapa saya keseorangan (single) ?


CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥
(must read dan renung2kanlah..)


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


                                                       

Wednesday 11 April 2012

Brunei

Kenapa Brunei?

   Subahanallah bila bercakap mengenai Brunai, hati jadi tertarik dengan negara tersebut. Mengapa? kerana pernahkah kita dengar negara ini menimpa musibah terutamanya musibah ALAM? mesti jarang sekali bukan? Negara ini merupakan antara negara islam yang benar-benar menjalankan syariat dah hukum islam. Syukur bagi mereka yang menetap di sana. Bukan tujuan untuk membandingkan negara kita dan negara Brunei. bukan itu tujuan saya. Ini disebabkan hati tertarik dengan keindahan islam yang dititik beratkan kepada rakyat mereka. Mereka tidak mempunyai masalah dengan keuwangan, kerana mereka mempunyai minyak. Meraka tidak di timpa musibah, kerana mereka mentaati suruhan-Nya. Insyallah jika diberi peluang akan saya pilih negara ini sebagai negara kedua saya. Jika dapat melanjutkan pelajaran ke sana apatah lagi. Insyallah sekiranya di beri peluang. :))


                                       Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien-brunei