Wednesday 18 April 2012

hala tuju hidupku~

Hala tuju hidupku?
ya aku tercari-cari ke mana arah tujuan hidupku setelah kian meningkat dewasa..
apabila terdengar nada yang syahdu diruang laptop
iaitu satu nada yang aku dengar sejak kecil hingga kini, tapi detikkan apakah yang aku rasa malam ini?
subahanaAllah.. aku rase satu kegirangan dan titisan jatuh, sambil mendengar zikir taubat
aku membuka almari mencari sesuatu yang dulunya aku tak pernah pandang.
Allahu akbar. sebenarnya niat ini telah lama aku pendam dan simpan. entah mengapa malam ini aku lebih yakin.
adakah aku akan berubah? adakah itu cara dan style aku yang baru?
kemudian aku ke almari aruah mak. Aku jumpa! kerana itu memang pakain mak.
Siang tadi
aku ke bandar melaka untuk membeli tiket ke ipoh, dan mencari baju untuk malam dinner sem 6.
yang hanya berlegar-legar di kepala dan benak ku hanyalah JUBAH. ya jubah. aku mencuba beberapa jenis jubah, tetapi aku tertarik dengan jubah yang terakhir aku pegang, hehe setelah cuba baju tu, aku tergelak kecil di dalam ruang persalinan, ternayata baju tu terlalu labuh untuk orang rendah seperti aku. Tapi tape aku nekat untuk membelinya, ahh~ esok akan aku hantar potong bahagin labuh mengeret ke lantai tu. detik hati kecil.
Malam ini
setelah aku buka almari baju mak, banyak sungguh jubah nya. Alhamdulillah mak, baju mak nie akan adik pakai, supaya mak dapat pahala. satu lagi baju yang aku berkenan dalam almari mak tu.
Jubah hitam tu akan aku guna untuk hari presentation. bila berdiri didepan cermin, kalainan jelas ternyata..
subahanallah sungguh sopan aku bergini. InyaAllah akan aku cuba untuk jadi yang terbaik di mata-Nya.
"ya Allah aku mohon kepadamu, jangan kau tarik semula rase dan detik hatiku yang kau beri padaku pada malam ini, sekiranya ini jalan hidupku yang seterusnya ya Allah kau kuatkan iman dan ketakwaan ku. amin"

No comments:

Post a Comment